Followers

Saturday, April 7, 2012

Lambang Negeri Melaka




Lima warna (merah, putih, biru, kuning)
Warna-warna yang menunjukkan bahawa Melaka sebuah negeri di Malaysia.

Lima bilah keris
Melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani iaitu Hang TuahHang JebatHang LekiuHang Lekir dan Hang Kasturi.

Bulan sabit dan bintang berpecah lima
Simbol bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi negeri tersebut.

Pokok dan 2 ekor Pelanduk
Mengisahkan hikayat bagaimana Melaka diasaskan. Parameswara telah menyaksikan pergaduhan di antara seekor Pelanduk dengan seekor Anjing semasa baginda berehat di bawah pokok Melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan pelanduk yang kecil itu. Walaupun kecil, pelanduk itu tetap gagah dan baginda akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya bersempena pokok Melaka tersebut.

Sumber: Melaka

No comments:

Post a Comment