Followers

Monday, April 9, 2012

Bunga Negeri Melaka


Bunga Kesidang

Nama Scientific : "Vallabris Glabra"

Kesidang atau nama saintifiknya "Vallabris Glabra" adalah Bunga negeri Melaka. Ia tergolong dalam keluarga Apocynaceae. Bau harum bunga kesidang amat ketara pada waktu pagi dan keharumannya selalu dibandingkan dengan daun pandan.

Bentuknya yang kecil dan cantik amat menarik dan sesuai dijadikan hiasan terutama baunya yang semerbak memenuhi setiap ruang dan bertahan lama. Bunga kesidang sesuai dijadikan sebagai hiasan pada arca, pergolas dan kebiasaannya dijumpai di kuil, gereja, majlis perkahwinan dan lain-lain perayaan.

Pendek kata, bunga kesidang merupakan bunga yang selalu dijadikan hiasan di majlis-majlis keraian dan di tempat-tempat kehormat. masyarakat tradisi Melaka menjadikan bunga kesidang sebagai bunga dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat upacara perkahwinan Melayu seperti tepak sirih dan bunga rampai. 

Bunga kesidang paling ideal untuk dijadikan lambang Melaka. Walaupun kecil, kecantikan dan keharumannya dapat memikat semua sebagaimana Negeri Melaka yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, sejarah dan kemajuan yang telah dicapai hari ini.

Sumber di sini.

No comments:

Post a Comment